Tempatan

BN kekal kuasai DUN Lamag, Mohd Ismail menang majoriti 5,681 undi

theSun
28 Jan 2026, 09:34 am
198 views
BN kekal kuasai DUN Lamag, Mohd Ismail menang majoriti 5,681 undi
Share:

BN perlu guna pendekatan digital dan taktikal baharu untuk dekati 2.5 juta pengundi muda menjelang PRU ke-16, kata Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu merangka strategi politik baharu yang lebih bijaksana bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 dalam tempoh maksimum 22 bulan.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan itu tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada pendekatan konvensional.

Beliau menegaskan kaedah baharu secara digital wajib dilakukan untuk mendekati seluruh 2.5 juta pengundi baharu.

“Mustahil untuk kita mendekati seluruh 2.5 juta pengundi baharu ini secara komunikasi bersemuka, ia mesti dilakukan dengan cara digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Better Nation ke-9 di Auditorium Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam tadi.

Ahmad Zahid berkata BN perlu mengakui realiti politik semasa yang menyaksikan tiada parti dominan mampu membentuk kerajaan secara bersendirian.

Strategi baharu perlu lebih realistik dan inklusif dengan mengambil kira perubahan pola pengundi khususnya pertambahan pengundi muda.

“Kita harus mengakui bahawa pengundi kali pertama, ertinya mereka yang berumur 18 tahun, setiap tahun kohotnya adalah kira-kira setengah juta,” katanya.

Beliau berkata BN juga perlu menilai semula prestasinya selepas hanya memenangi 30 kerusi Parlimen pada PRU ke-15.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata pengalaman politik di Sabah membuktikan strategi tepat mampu memberikan kelebihan.

“Pengalaman ini memperlihatkan bahawa biarpun kita sedikit tetapi kita telah melakukan strategi politik yang benar, tepat pada waktunya dan kena pada tempatnya,” ujarnya.

Beliau menambah BN perlu berani mengubah pendekatan komunikasi politik dan fokus untuk mendominasi kembali PRU ke-16.

Forum Better Nation ialah wacana dinamik cetusan Ahmad Zahid yang membincangkan isu kritikal masa depan Malaysia.

Tags:#pin

Related Articles