Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan lori treler di Lebuhraya Kajang SILK pagi ini, dengan operasi bomba selesai dalam masa 20 minit.
KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori treler di Lebuhraya Kajang SILK pagi ini.
Kejadian berlaku di Kilometer 25.4 lebuhraya itu dari arah Semenyih ke Subang Jaya.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan pada 9.10 pagi.
Mangsa dikenal pasti sebagai Zamzuri Zaid, berusia 47 tahun.
Lima anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang digerakkan ke lokasi.
Mereka tiba di tempat kejadian pada 9.25 pagi.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar.
Operasi bomba dikawal sepenuhnya pada 9.30 pagi.
Operasi itu dikendalikan oleh Komander Operasi Mohamad Hazrumi Halimi.




