Berita

Polis siasat dakwaan pusat keagamaan lakukan aktiviti mencurigakan di Nilai

theSun
29 Apr 2024, 12:47 pm
34 views
Sultan Selangor: Penjawat awam jangan lalai, malas hingga pembangunan tergendala
Share:

SEREMBAN: Polis sedang menjalankan siasatan terperinci susulan aduan yang mendakwa terdapat aktiviti mencurigakan di sebuah pusat keagamaan dan kerohanian di Nilai dekat sini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof (gambar) berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut Jumat lepas.

“Justeru, kami menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau membuat hantaran di media sosial yang boleh menimbulkan kegusaran sehingga menganggu gugat keamanan dan ketenteraman awam.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai aduan seorang individu berkaitan sebuah pusat keagamaan dan kerohanian di Nilai didakwa melakukan aktiviti bertentangan dan mampu menggugat kedaulatan negara.

Related Articles