Tempatan

Polis tahan dua penjaga tadika kes pukul kanak-kanak di Sungai Buloh

theSun
26 Jan 2026, 08:48 am
336 views
Share:

Polis tahan dua penjaga tadika bantu siasatan kes pukul empat kanak-kanak di Sungai Buloh, kes disiasat di bawah Akta Kanak-kanak 2001.

SUNGAI BULOH: Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan kes pukul membabitkan empat kanak-kanak di sebuah tadika di sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya menerima lima laporan berhubung kejadian itu semalam di Balai Polis Saujana Utama.

Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku dari Julai hingga Ogos tahun lepas membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun.

Polis turut menemukan satu rakaman video berkaitan perkara tersebut sebagai bahan bukti.

“Dua wanita yang merupakan penjaga kanak-kanak telah dibenarkan reman lima hari oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam,“ katanya dalam kenyataan.

Seorang lagi individu akan dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Mohd Hafiz menasihati orang ramai untuk tidak membuat spekulasi serta menyebarkan berita palsu memandangkan siasatan masih dijalankan.

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial berkongsi hantaran mendakwa memiliki rakaman video yang menunjukkan anaknya disyaki didera di tadika berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Saujana Utama atau pegawai penyiasat yang bertugas.

Related Articles