Dunia

Sivasangari wakil tunggal Malaysia ke suku akhir ToC 2026

theSun
26 Jan 2026, 01:35 pm
341 views
Share:

S Sivasangari mara ke suku akhir Tournament of Champions 2026 di New York selepas bangkit kalahkan Amanda Sobhy dalam perlawanan lima set.

KUALA LUMPUR: S Sivasangari menjadi wakil tunggal Malaysia mara ke suku akhir Tournament of Champions (ToC) 2026 di New York.

Pemain skuasy utama negara itu bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menewaskan wakil tuan rumah, Amanda Sobhy 6-11, 7-11, 11-9, 11-9, 11-4.

Perlawanan pusingan kedua berlangsung selama 55 minit di Grand Central Station pada Ahad.

Sivasangari yang merupakan pilihan kelapan kini dijadual berdepan pilihan keempat, Olivia Weaver.

Weaver mara ke suku akhir selepas mengetepikan rakan senegaranya, Marina Stefanoni 11-2, 11-2, 11-3.

Dalam saingan perseorangan lelaki, Ng Eain Yow tersingkir daripada kejohanan itu.

Beliau tewas kepada pemain England, Marwan El Shorbagy 9-11, 6-11, 7-11.

Perlawanan itu berlangsung selama 81 minit.

Related Articles